Perlaksanaan Program Pendidikan Jasmani Di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Daerah Muar, Johor: Satu Perbandingan.

Sipan., Najib and Hee, Jee Mei (2001) Perlaksanaan Program Pendidikan Jasmani Di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Daerah Muar, Johor: Satu Perbandingan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk membuat pelaksanaan program Pendidikan Jasmani sekolah Kebangsaan Perempuan Daerah Muar, Johor. Perbandingan ini dinilai dari persepsi guru matapelajaran Pendidikan Jasmani dan pelajar-pelajar yang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani. Aspek yang dikaji termasuklah pencapaian objektif Pendidikan Jasmani, tanggungjawab dan sokongan pentadbir, sokongan ibubapa, penyediaan peralatan dan kemudahan, penilaian pengajaran guru, aktiviti kelas, pelaksanaan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani, halangan dan masalah, sikap pelajar dan usaha untuk meningkatkan program Pendidikan jasmani. Untuk mencapai tujuan tersebut, kiraan peratus, min dan ujian-t digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang responden bagi pelajar lelaki, 60 orang responden bagi pelajar perempuan dan 40 orang responden terdiri daripada guru-guru yang yang mengajar Pendidikan Jasmani. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang ketara dari aspek pencapaian objektif, tangungjawab dan sokongan pentadbir, sokongan ibubapa serta penyediaan alatan dan kemudahan Pendidikan Jasmani. Mankala dari aspek-aspek lain walaupun terdapat perbezaan tetapi tidak begitu ketara. Kajian menunjukkan bahawa faktor jantina mempengaruhi tahap pelaksanaan program Pendidikan Jasmani di sekolah menengah kebangsaan lelaki dan sekolah menengah kebangsaan perempuan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05530
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8721

Actions (login required)

View Item View Item