Persepsi Guru-guru Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru Terhadap Kesan Penyeliaan Pengetua Ke Atas Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru.

Haleed., Subaidah and Md Johan, Othman (2001) Persepsi Guru-guru Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru Terhadap Kesan Penyeliaan Pengetua Ke Atas Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi guru-guru terhadap kesan penyeliaan pengetua ke atas peningkatan kualiti pengajaran guru. Persoalan ynag dikemukan ialah sama ada penyeliaaan oleh pengetua dapat meningkatkan kualiti penulisan rancangan pengajaran guru, kualiti persediaan pengajaran guru, meningkatkan penggunaan alat bantu mengajar, kualiti pengajaran guru di bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang merangsangkan. Seramai 240 responden telah dipilih secara rawak dari sepuluh buah sekolah menengah daerah Johor Bahru untuk menjawab soal selidik yang telah diedarkan. Data yang diperolehi telah dianalisis secara statistik diskriptif bagi mencari kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru memberikan respon positif bahawa penyeliaan pengetua membantu mereka untuk meningkatkan kualiti penulisan rancangan pengajaran, membuat persediaan pengajaran dengan baik, berusaha meningkatkan kaedah pengajaran mereka dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang merangsangkan. Oleh itu, penyelidik mencadangkan supaya para pengetua memberi keutamaan kepada tugas penyeliaan ke atas pengajaran guru-guru demi meningkatkan prestasi pengajaran mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05505
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8696

Actions (login required)

View Item View Item