Pemindahan Latihan Peserta Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru-guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Daerah Kuala Pilah, Jempol Dan Jelebu.

Abdul Aziz., Noraziah (2001) Pemindahan Latihan Peserta Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru-guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Daerah Kuala Pilah, Jempol Dan Jelebu. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengidentifikasi keberkesanan pemindahan latihan dikalangan peserta Kursus Peningkatan Profesionalaisma Guru-Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan perkaitannya dengan faktor-faktor seperti ciri-ciri peserta, reka bentuk latihan dan sokongan organisasi. Data telah dikumpulkan melalui pengedaran borang soal selidik berstruktur berdasarkan ubah suai instrumen cadangan Ford dan Baldwin ( 1988 ). Keseluruhan peserta kursus ini telah menjadi responden kajian. Data telah dinalisis dengan menggunakan program SPSS 10.5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pemindahan latihan di kalangan peserta adalah tinggi. Faktor ciri peserta dan reka bentuk latihan telah dikenalpasti sebagai faktor yang mempunyai perkaitan positif yang signifikan dengan keberkesanan pemindahan latihan. Faktor sokongan organisasi pula telah didapati tidak mepunyai sebarang perkaitan yang signifikan dengan keberkesanan pemindahan latihan. Factor ciri peserta adalah merupakan faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi keberkesanan pemindahan latihan di mana faktor ciri keupayaan peserta telah dikenalpasti sebagai faktor yang paling dominan antara tiga sub faktor dalam mempengaruhi keberkesanan pemindahan latihan. Beberapa cadangan telah dikemukan. Peserta dan penyelaras program latihan seharusnya meminkan peranan yang penting dalam menyumbang ke arah keberkesanan pemindahan latihan. Walupun ujian mendapati tiada perkaitan yang signifikan antara sokongan pihak pentadbir sekolah dengan pemindahan latihan, pentadbir atau pengetua tidak harus diabaikan di dalam sebarang perbincangan yang diadakan bagi memantapkan lagi sesuatu program latihan. Dengan mengenal pasti faktor-faktor ciri individu yang sesuai, reka bentuk latihan menepati keperluan semasa dan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak sekolah, proses pemindahan akan dapat dipertingkatkan ke paras yang lebih optimum.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05503
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8694

Actions (login required)

View Item View Item