Kesan Didikan Ibu Bapa Terhadap Kemampuan Berdikari Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran.

Jamuri., Zabedah (2002) Kesan Didikan Ibu Bapa Terhadap Kemampuan Berdikari Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan didikan ibu bapa terhadap kemampuan berdikari kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripda 76 orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran di lima buah sekolah di daerah Rengit. Instrumen kajian ini terdiri daripada soal selidik yang dibina berdasarkan pembinaan konsep kendiri, keperluan fisiologi, keperluan kasih sayang dan kepunyaan, keperluan keselamatan dan keperluan penghargaan kendiri. Manakala kemampuan berdikari kanak-kanak bermasalah pembelajaran pula ditentukan oleh penilaian guru-guru mereka dengan menggunakan senarai semak Kemahiran Amalan Berdikari Program Bermasalah Pembelajran. Kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara pembinaan konsep kendiri, keperluan fisiologi, keperluan kasih sayang dan kepunyaan, keperluan keselamatan, keperluan penghargaan kendiri dengan kemampuan berdikari. Nilai korelasi masing-masing adalah 0.35, 0.30, 0.34, 0.32 dan 0.23. Kajian ini mempunyai implikasi yang penting kepada ibu bapa dalam meningkatkan kemampuan berdikari anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana keluarga yang positif kerana ia membantu mempertingkatkan kemampuan berdikari kanak-kanak ini. Peranan guru juga sangat penting untuk membentuk kanak-kanak ini menjadi manusia yang berdikari tanpa meminta bantuan orang lain.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05480
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8671

Actions (login required)

View Item View Item