Persepsi Pelajar Terhadap Masalah Lumba Haram Di Kalangan Remaja Felda.

Mohamad Amin, Ruzaikawati and Tan, Soo Yin (2003) Persepsi Pelajar Terhadap Masalah Lumba Haram Di Kalangan Remaja Felda. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

FELDA (Felda Land Development Authority) telah ditubuhkan bertujuan menunjukan tanah baru untuk djadikan kawasan pertanian dan penempatan. Diawal abad 21 ini kebanyakan tanah rancangan Felda telah mencapai usia lebih 20 tahun dan sedang melalui proses penanaman semula. Sejajar dengan itu, usia generasi kedua felda untuk menyumbang pengajian ataupun bekerja. Arus kemodenan yang dikecapi oleh generasi kedua ini telah menyebabkan masalah social menular masuk kekawasan Felda. Masalah lumba motorsikal haram adalah satu masalah social yang melanda anak-anak peneroka Felda. Oleh itu, kajian ini ditumpukan kepada persepsi pelajar terhadap faktor yang mendorong masalah yang berlaku iaitu daripada ibubapa, pihak pengurusan Felda atau diri remaja sendiri. Kajian diskriptif secara tinjauan dijalankan dan instrumen kajian adalah berdasarkan soal selidik yang digubal oleh pengkaji setelah dijalankan kajian rintis. Proses penganalisisan data dijalankan dengan menggunakan Statistical package for social science (SPSS) versi 10.0. analisis kekerapan, peratusan min, dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis data-data kajian. Taburan min setiap faktor juga dikemukakan. Implikasi kajian telah dijelaskan secara terperinci dan cadangan-cadangan kajian serta cadangan kajian lanjutan juga telah digariskan dalam bab terakhir kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05427
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8618

Actions (login required)

View Item View Item