Proses Pemikiran Mate. Semasa Menyelesaikan Masalah Mate. Perkataan Di Kal. Pe. Ting.3: Kajian Di Sebuah Sek. Men..

Wan Hussin, Wan Haspinah and Bakar, Md Nor (2000) Proses Pemikiran Mate. Semasa Menyelesaikan Masalah Mate. Perkataan Di Kal. Pe. Ting.3: Kajian Di Sebuah Sek. Men.. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji turutan proses pemikiran matematik pada pelajar dari segi struktur kognitif dan pendekatan penyelesaian masalah berperkataan di kalangan pelajar semasa menyelesaikan masalah berperkataan di kalangan pelajar semasa menyelesaikan masalah. Kajian ini dijalankan di sekolah MK Taman Universiti, Johor Bahru. Kajian ini dibahagikan kepada dua peringkat. Seramai 80 orang pelajar dari tingkatan tiga telah terpilih untuk kajian ini. Pada peringkat pelajar menjalani ujian secara bertulis berbentuk subjektif dimana pelajar dikehendaki menunjukkan jalan kerja mereka di tempat kosong yang disediakan pada kertas ujian. Hasil dari analisa ujian peringkat pertama, penyelidik mengenalpasti 6 orang pelajar untuk menjalani ujian peringkat kedua. Ujian peringkat kedua diadakan secara lisan dan dirakamkan. Rakaman ini ditrankripsi dan dianalisa menggunakan Pengkodan Operasi dan Pengkodan ASH. Hasil dari analisa ini akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Analisa menunjukkan perbezaan pada pemikiran pelajar dari segi kognitif dan pendekatan penyelesaian masalah yang disunakan. Didapati empat (4) pelajar menyelesaikan masalah pertama melalui aliran perwakilan Gelintiran dan dua (2) pelajar melalui aliran perwakilan set. Didapati bagi setiap soalan, pendekatan penyelesaian masalah berperkataan yang dialami oleh pelajar boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu pendekatan saintaktik dan pendekatan simantik. Empat (4) pelajar menggunakan pendekatan sintaktik dan dua (2) pelajar menggunakan pendekatan semantic untuk menyelesaikan masalah pertama. Perbincangan secara teliti dilakukan bagi setiap perbezaan pemikiran yang terdapat dikenalpasti bagi setiap soalan, penyelidik mencadangkan pedagogi haruslah menitikberatkan aspek pemikiran pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk kajian lanjutan penyelidik mencadangkan kajian dilakukan keatas pelajar peringkat sekolah rendah kerana pemerhatian ke atas pemikiran pelajar dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang efektif dan ia haruslah dimulai dari peringkat awal lagi.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05290
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:56
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8483

Actions (login required)

View Item View Item