Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif Di Sebuah Sek. Rendah. Percantuman Bermasalah Pembelajaran Di Negeri Kelantan

Hamzah, Wahidah and Ashari, Asaruddin (1999) Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif Di Sebuah Sek. Rendah. Percantuman Bermasalah Pembelajaran Di Negeri Kelantan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini juga dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan program pendidikan inklusif di sebuah sekolah percantuman bermasalah pembelajaran di negeri Kelantan. Kajian ini juga telah dijalankan secara deskriptif melalui temubual dan pemerhatian terhadap pelajar-pelajar bermasaalah pembelajaran yang telah diinklusifkan secara sepenuh masa di mana mereka hanya ke kelas biasa untuk kadangkala mereka terpaksa belajar sepenuh masa di dalam kelas kerana kecelaruan emosi dan tingkahlaku yang menganggu pelajar-pelajar biasa. Guru-guru sekolah ini kurang setuju dengan pelaksanaan pendidikan inklusif kerana mereka berpendapat pelajar-pelajar bermasaalah pembelajaran tidak dapat mengikuti pembelajaran di kelas biasa kerana kecerdasan mental mereka yang lemah. Namun begitu guru-guru kelas inklusif telah berjaya meningkatkan tahap pencapaian pelajar-pelajar ini melalui penggunaan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Hubungan diantara pelajar-pelajar bermasaalah pembelajaran dengan pelajar-pelajar biasa adalah baik wlaupun ada diantara mereka mempunyai persepsi yang negatif terhadap pelajar-pelajar bermasaalah pembelajaran. Guru-guru biasa juga mempunyai persepsi yang positif terhadap pelajar-pelajar dan bersetuju mereka mendapat pendidikan formal di sekolah tetapi melalui program pendidikan khas. Guru-guru biasa pula bersedia untuk mengajar kanak-kanak khas ini tetapi dengan syarat mereka mendapat latihan dan kemahiran yang sesuai. Sekolah ini juga tidak pernah mengadakan program pendedahan kepada murid-murid dan gurunya tentang pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Walaubagaimanapun sekolah ini telah mengamalkan beberapa pendekatan umtuk meningkatkan kemantapan pelaksanaan program ini seperti menyediakan program pendidikan individu, melantik inklusi dan menyediakan kemudahan-kemudahan prasarana untuk kegunaan pelajar-pelajar ini. Adalah diharapkan sekolah ini akan meneruskan usaha murni memberi pendidikan yang sewajarnya kepada para pelajar-pelajar yang bernasaalah pembelajaran ini dengan menyediakan prasarana yang lebih baik, menstrukturkan semula sekolah supaya suasanaya kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan kerjasama diantara semua masyarakat sekolah dan ibu bapa demi memantapkan lagi proses pendidikan yang baik yang diterima oleh mereka, pelajar-pelajar bermasaalah pembelajaran ini akan mempunyai hidup yang lebih bermakna dimasa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05205
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:56
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8398

Actions (login required)

View Item View Item