Faktor Yang Menmpengaruhi Penglibatan Pel. Dalam Persatuan Di Utm

Sawal, Halijah and Omar, Shariff (1998) Faktor Yang Menmpengaruhi Penglibatan Pel. Dalam Persatuan Di Utm. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajain ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti apakah faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar UTM dalam aktiviti persatuan. Responden kajian ini terdiri daripada 316 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM kampus Skudai, Johor peringkat tahun pengajian, minat, aspek kepimpinan, beban akademik, faedah yang dijangkakan dan aspek sokongan dan dorongan. Selain daripada itu, kajian ini juga dijalankan bagi menukur sejauhmana tahap keaktifan pelajar UTM dalam aktiviti persatuan. Data diperolehi daripada soalselidik dan telah dianalisis menggunakan SPSS MS Windows dengan menggunakan kaedah diskriptif (kekerapan, peratusan dan min), ujian t, Analisis Varians (ANOVA) sehala dan kaedah pekali Kolerasi Pearson. Hasil kajian mendapati faktor faedah yang dijangkakan menjadi faktor paling dominan yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam persatuan. Faktor minat menduduki tempat kedua, diikuti oleh aspek kepimpinan diletakkan sebagai faktor ketiga dan beban akademik sebagai faktor keempat. Dapatan kajian menunjukkan aspek sokongan dan dorongan adalah faktor terakhir. Daripada ujian-t adalah didapati bahawa responden lelaki and perempuan tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan begitu juga dengan peringkat tahun pengajian yang telah dianalisis menggunakan ANOVA sehala. Secara keseluruhannya kajian mendapati 77.5 % pelajar UTM berada pada tahap tidak aktif, 20.9% aktif dan hanya 5 % sangat aktif. Beberapa cadangan untuk memperbaiki situasi ini telah dibuat dan kajian selanjutnya juga telah dikemukakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05087
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:56
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8280

Actions (login required)

View Item View Item