Persepsi Penagih Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Pusat Serenti

Lee, Hwang Jann and Aris, Baharuddin (2001) Persepsi Penagih Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Pusat Serenti. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian tentang persepsi penagih dadah terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di pusat serenti masih belum dijalankan di Malaysia. Oleh itu, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajan di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru. Seramai 132 pelatih melayu lelaki dari fasas II.III dan IV telah dijadikan sebagai sample kajian ini. Soal selidik berbentuk senarai semak dan jawapan dibina telah digunakan sebagai instrumen kajian. Pengkaji juga menjalankan temu bual tidak berstruktur dengan pelatif dan kaunselor untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menganalisis data. Bagi statistik deskriptif, min dan taburan kekerapan telah digunakan, manakala untuk statistik inferensi pula, pengkaji telah menggunakan ANOVA satu hala untuk melihat perbezaan min fasa II,III dan IV. Kajian rintis telah dijalankan oleh pengkaji untuk mengenalpsti masalah yang bakal dihadapi semasa menjalankan kajian sebenar dan pengkaji telah mengubahsuai soal selidik berdasrkan maklum balas yang diperolehi daripada kajian rintis. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa pelatih mempunyai persepsi positif terhadap pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta kaunselor di pusat serenti. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi di antara pelatih di fasa II,III dan IV terhadap pengurusan perkhidmatan biinbingan dan kaunseling tetapi terdapat perbezaan persepsi di antara pelatih fasa II dengan IV pelatih fasa III dengan IV terhadap kaunselor pusat serenti.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 03140
Subjects: Guidance and Counseling > Counseling
Guidance and Counseling > Guidance and Counseling
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:50
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7989

Actions (login required)

View Item View Item