Perlaksanaan Kaedah Iqra Dalam Tilawah Al-quran Satu Satu Kajian Kes Di Sekolah Kebangsaan Sg. Balang Darat,muar, Johor.

Md. Jaafar., Mohd Adli and Wan Embong, Wan Hassan (2002) Perlaksanaan Kaedah Iqra Dalam Tilawah Al-quran Satu Satu Kajian Kes Di Sekolah Kebangsaan Sg. Balang Darat,muar, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Perlaksanaan Kaedah Iqra dalam Tilawah al-Quran merupakan suatu pendekatan baru bagi memebantu menguasai pembacaan al-Quran. Akan tetapi sejauh mana kaedah ini mampu membantu murid dalam penguasaan bacaan al-Quran, setelah sekian lama kaedah Baghdadi atau Resam Imlaai dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat dan bidang pendidikan khasnya. Keadaan ini mendorong pengkaji untuk mangetahui perkara-perkarq yang berkaiatan tentang kemampuan dan faktor-faktor penyebab yang menyumbang kepada keberkesanan kaedah Iqra dalam Tilawah al-Quran.kajian yang dijalankan di Sek. Keb. Sg. Balang Darat, Muar, Johor, melibatkan 50 responden dikalangan murid tahap II. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan data. Dapatan kajian dirumuskan menggunakan perisian Statiscal Package For The Social Sciences (SPSS) Versi 10.0. hasil kajian mendapati, 24% murid menggunakan kaedah Iqra dalam pengajian al-Quran, walaupun sejumlah 82% bersetuju bahawa Kaedah Iqra memudahkan mereka menguasai bacaan, hokum tajwid dan mudah menghafal ayat-ayat al-Quran. Seterusnya membawa kesan kepada penguasaan bacaan di tahap sederhana (min 3.81). Banyak ruang yang boleh diperbaiki dan dimurnikan lagi agar Kaedah Iqra mampu menyakinkan murid dan persekitarannya dalam melahirkan generasi celik al-Quran serta penghayatannnya. Diharapkan cadangan dan saranan yang diberikan dapat memantapkan lagi perlaksanaan Kaedah Iqra dalam pengajian al-Quran.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 03043
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7892

Actions (login required)

View Item View Item