Persepsi Guru Sains Terhadap Pelaksanaan Teori Pelbagai Kecerdasan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Kbsm Di Sekolah Bestari.

Lim, Lee Sim and Bakar, Md Nor (2002) Persepsi Guru Sains Terhadap Pelaksanaan Teori Pelbagai Kecerdasan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Kbsm Di Sekolah Bestari. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Proses pengajaran dan pembelajaran Sains KBSM di sekolah bestari telah mula mengamalkan Teori Pelbagai Kecerdasan. Namun, kesesuaian pengaplikasian Teori Pelbagai Kecerdasan dalam Sains KBSM belum dikenal pasti. Oleh yang demikian, suatu kajian tinjauan dijalankan bertujuan untuk mendapatkan persepsi guru tentang tahap pemahaman Teori Pelbagai Kecerdasan di kalangan guru bestari Sains, pengaruh kecerdasan pelajar dalam pencapaian Sains KBSM, kesesuaian pelaksanaan Teori Pelbagai Kecerdasan dalam sukatan Sains KBSM dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru semasa mengamalkan pengajaran Teori Pelbagai Kecerdasan dalam Sains KBSM. Kajian ini melibatkan 49 guru bestari Sains di 7 buah sekolah bestari di Kuala Lumpur. Instrumen kajian berbentuk soal selidik yang disediakan oleh pengkaji untuk memenuhi objektif kajian dengan kebolehpercayaan (nilai ujian Alfa) 0.7838 telah diedarkan kepada semua sample untuk dijawab. Sesi temubual juga dijalankan untuk mendapatkan persepsi keseluruhan sampel dengan lebih teliti. Data yang didapati dianalisis dengan perisian komputer SPSS 10.0 for windows untuk mendapat nilai kekerapan dan min respon. Keputusan menunjukkan bahawa guru bestari sains mempunyai kefahaman umum tentang Teori Pelbagai Kecerdasan, pencapaian Sains KBSM pelajar telah dipengaruhi oleh kecenderungan kecerdasan mereka. Kajian juga mendapati bahawa Teori Pelbagai Kecerdasan agak sesuai dilaksanakan dalam sukatan Sains KBSM. Masalah paling serius dihadapi oleh responden ialah bilangan pelajar dalam kelas yang besar dan kesusahan dalam mengawal kelas. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden berpendapat bahawa Teori Pelbagai Kecerdasan adalah sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains KBSM. Cadangan dan cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan atas keputusan kajian.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 03008
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7859

Actions (login required)

View Item View Item