Kepentingan Kaedah Iqra Dalam Menangani Masalah Pelajar Yang Tidak Boleh Membaca Al-quran. Satu Kajian Pelajar Tahun Empat Di Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar, Kluang Johor.

Kassim, Arizah and Awang, Habibah (2002) Kepentingan Kaedah Iqra Dalam Menangani Masalah Pelajar Yang Tidak Boleh Membaca Al-quran. Satu Kajian Pelajar Tahun Empat Di Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar, Kluang Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Al-Quran adalah merupakan asas kepada pembinaan generasi muslim. Terdapat pelbagai teknik dan kaedah pembelajaran dan pengajaran al-Quran di antaranya ialah kaedah Iqra. Oleh itu kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk meninjau penggunaan kaedah Iqra dalam menangani pelajar yang tidak boleh membaca al-Quran. Aspek-aspek yang ditinjau adalah mengenai kepentingan kaedah Iqra dalam pembelajaran al-Quran dan factor-faktor yang menyebabkan pelajar tidak boleh membaca al-Quran. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 90 orang pelajar dari SK. Perempuan Bandar Kluang, Kluang. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS version 10.0). berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, didapati penggunaan kaedah Iqra adalah amat bersesuaian di dalam pengajran dan pembelajaran al-Quran. Beberapa cadangan turut juga dikemukakan untuk mengatasi masalah pembelajaran al-Quran serta mempertingkatkan lagi penggunaan kaedah Iqra.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 03004
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7856

Actions (login required)

View Item View Item