Kesan Program Kecergasan Fizikal Dalam Melakukan Aktiviti Simulasi Tawaf.

Ibrahim, Halizah and Omar, Abdul Hafidz (2003) Kesan Program Kecergasan Fizikal Dalam Melakukan Aktiviti Simulasi Tawaf. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat dan membuat perbandingan kesan latihan fizikal ke atas kadar penggunakan oksigen maksimum (VO2max ) dikalangan pelajar lelaki tahun 4 sarjana sains serta pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 10 orang subjek dipilih sebagai subjek kajian. Subjek tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen ( n=5 ) dan kumpulan kawalan (n=5). Ujian kecergasan dilakukan ke atas subjek sebelum dan selepas menjalani program latihan fizikal ini. Tahap kecergasan subjek diukur dengan menggunakan treadmill dan ECG (Elektrocardiography). Semua data telah diproses dengan menggunakan program statistik SPSS versi 10.0 berdasarkan penganalisaan data dengan menggunakan Paired-Sample T Test pada tahap signifikan p<0.05 untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan terhadap kecergasan subjek selepas menjalani latihan fizikal yang dirancangkan. Ini adalah berdasarkan hasil yang diperolehi melalui nilai signifikan penurunan perbandingan nilai min dan sisihan piawai semasa ujian pra dan ujian pos. Jangkamasa program latihan fizikal selama 4 minggu telah mempengaruhi dapatan kajian kerana dapatan menolak hipotesis kajian kerana terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kecergasan subjek selepas mengikuti program tersebut.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02886
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:35
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7741

Actions (login required)

View Item View Item