Kesan Program Kecergasan Fizikal Dalam Melakukan Aktiviti Simulasi Saie.

Jarudin, Juliana and Omar, Abdul Hafidz (2003) Kesan Program Kecergasan Fizikal Dalam Melakukan Aktiviti Simulasi Saie. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat dan memebuat perbandingan kesan fizikal keatas kadar penggunaan oksigen maksimum (VO2max) dikalangan pelajar lelaki tahun empat sarjana muda sains serta pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 10 orang subjek diambil sebagai subjek kajian. Subjek tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang diberikan latihan fizikal (n=5) dan subjek yang tidak diberikan latihan fizikal (n=5). Pemilihan subjek adalah berdasrkan kepada kriteria yang telah ditetapkan iaitu sihat tubuh badan dan tidakmenghadapi penyakit. Subjek dikehendaki berjalan diatas treamill selama 30 minit mengikut protokol yang telah ditetapkan. Data mentah yang diperolehi daripada ujian pra dan pos telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science Version 10.0 (SPSS 10.0). Data telah dianalisis menggunakan Prired-Simple T Test. Hasil daripada penganalisisaaan data yang dibuat didapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kadar penggunaan oksigen maksimum ( V2max) diantara ujian pra dan pos bagi subjek yang diberikan latihan fizikal (Ha1). Nilai p yang diperolehi ialah 0.02 pada arassignifikan 0.05 (5%). Dari analisis inteferensi tersebut juga didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kadar oksigen maksimum diantara ujian pra dan pos bagi subjek yang tidak diberika latihan fizikal. (Ho2). Nilai p yang diperolehi ialah 0.487 pada aras signifikan 0.05(5%).

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02877
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:34
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7732

Actions (login required)

View Item View Item