Perbandingan Masa Reaksi Antara Pemain-pemain Badminton Dan Pemain-pemain Skuash Universiti Teknologi Malaysia.

Wong, Chuin Leen and Rahabah, Abdhamid (2003) Perbandingan Masa Reaksi Antara Pemain-pemain Badminton Dan Pemain-pemain Skuash Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian berbentuk eksperimen ini bertujuan untuk menentukan dan membuat perbandingan catatan masa reaksi tangan di antara pemain badminton dan pemain skuash UTM, Skudai yang terdiri daripada 10 orang pemain badminton lelaki dan 10 orang skuash lelaki yang telah dipilih. Umur subjek di antara 19 hingga 22 tahun yang sekurang-kurangnya pernah mewakili pasukan masing-masing di peringkat MSSM, MSSN, SUKAM dan SUKMAS. BIOPAC System, Lesson 11:Reaction Time 1, telah digunakan untuk menjalani ujian masa reaksi tangan ini. 10 catatan masa direkodkan sebagai skor. Min masa reaksi bagi setiap kumpulan dianalisis antara dua pembolehubah dengan menggunakan ujian -t. Apabila data diperolehi, perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS 10.0) telah dijadikan perisian untuk menganalisis data. Daripada hasil penganalisaan yang diperolehi, didapati tidak terdapat perbezaan masa reaksi yang signifikan (p 0.05) di antara pemain-pemain badminton dan skuash.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02859
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:32
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7717

Actions (login required)

View Item View Item