Kesan Latihan Lari Ulang-alik Terhadap Ketangkasan Pemain-pemain Tenis Lelaki Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.

Morazuki, Syahrul Ridhwan and Rahabah, Abdhamid (2003) Kesan Latihan Lari Ulang-alik Terhadap Ketangkasan Pemain-pemain Tenis Lelaki Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian yang berbentuk eksperimental ini bertujuan untuk mengukur dan melihat kesan latihan lari ulang-alik terhadap peningkatan ketangkasan seseorang pemain tenis. Subjek terdiri daripada 9 orang pemain tenis UTM di mana kesemua mereka adalah subjek lelaki dan berusia dalam lingkungan 18 tahun hingga 22 tahun. Min umur bagi kesemua subjek tersebut ialah 19.9 tahun. Kesemua subjek merupakan pemain yang telah mewakili Universiti Teknologi Malaysia ke pertandingan Kejohanan MASUM 2002. Ujian Larian Ketangkasan Illinois perlu dijalankan di atas permukaan yang rata dan tidak licin. Subjek dikehendaki berlari mengikut trek atau laluan yang telah ditetapkan di mana terdapat beberapa biji kon yang yang telah ditetapkan kedudukannya yang berfungsi sebagai petunjuk landasan larian bagi ujian ini. Hasil dapatan ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) di antara ujian pra dan ujian pos.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02853
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:32
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7711

Actions (login required)

View Item View Item