Kesan Program Kecergasan Fizikal Dalam Melakukan Aktiviti Simulasi Melontar.

Md Yusof, Zakiah and Omar, Abdul Hafidz (2003) Kesan Program Kecergasan Fizikal Dalam Melakukan Aktiviti Simulasi Melontar. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Terdapat dua fokus yang akan dijalankan dalam penyelidikan ini. Fokus pertama adalah bertujuan untuk membuat perbandingan tahap kecergasan subjek di antara ujian awal dan akhir bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kajian ini adalah untuk mengetahui samada terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kadar pengambilan VO2 max antara kedua-dua kumpulan tersebut pada ujian awal dan akhir. Ia telah dijalankan pada 5 orang subjek kumpulan eksperimen dan 5 orang subjek kumpulan kawalan. Ujian yang digunakan bagi mendapatkan data kajian ialah Treadmill walking test. Manakala fokus kedua adalah untuk mendapatkan sudut dan daya yang tepat daripada 3 jarak yang telah dipilih. Ujian dijalankan dengan menggunakan rakaman video. Pemilihan sampel adalah secara rawak mudah berdasarkan kriteria tertentu iaitu sampel bebas dari sebarang penyakit kardiovaskular. Sampel yang dipilih adalah berumur dalam lingkungan 21 tahun. Melalui pengujian yang dijalankan semua data dan skor berkaitan dengan kajian yang telah diperolehi dianalisis. Data mentah dianalisis menggunakan SPSS 11.0. Hipotesis dalam kajian treadmill walking test ini diuji mengikut penganalisaan secara statistik melibatkan ujian t. Analisis ujian -t ialah pada aras signifikan 0.05. Penemuan keputusan ini menyokong hipotesis alternatif 1 penyelidik yang manyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kadar pengambilan VO2 max sebelum dan selepas program kecergasan dijalankan bagi kumpulan eksperimen. Manakala dalam ujian melontar menggunakan rakaman video, keputusan yang didapati dapat menjawab persoalan kajian I dan ii. Hasil kajian mendapati sudut adalah berkadar songsang dengan jarak manakala daya berkadar langsung dengan jarak.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02846
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:31
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7704

Actions (login required)

View Item View Item