Perbezaan Tahap Kebimbangan Tret Dan Stet Di Kalangan Pemain Taekwando Lelaki Sekolah Emnengah Kebangsaan Perlis, Kangar Yang Bertali Pinggang Warna Dan Hitam Umur Antara 14-18 Tahun.

Yeoh, Chian Yik and Rahabah, Abdhamid (2003) Perbezaan Tahap Kebimbangan Tret Dan Stet Di Kalangan Pemain Taekwando Lelaki Sekolah Emnengah Kebangsaan Perlis, Kangar Yang Bertali Pinggang Warna Dan Hitam Umur Antara 14-18 Tahun. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk membuat perbandingan tahap kebimbangan stet dan tret di kalangan pemain Taekwando lelaki bertali pinggang warna dan hitam Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis, Kangar. Kajian ini adalah untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap kebimbangan stet antara kedua-dua kategori pemain. Selain itu, faktor-faktor yang menimbulkan rasa bimbang juga akan dikenal pasti. Kajian ini telah dijalankan di pusat belia dan sukan negeri Perlis pada 12 Oktober 2002 sebelum pertandingan dimulakan. Bagi mendapatkan data kajian, tiga jenis soal selidik telah diberikan kepada para pemain iaitu Ujian STAI untuk menguji tahap kebimbangan tret, Ujian SCAT untuk menguji tahap kebimbangan stet dan borang senarai faktor penyebab rasa bimbang. Pemilihan sampel adalah berdasrkan pemain-pemain Taekwando yang mewakili sekolah pada tahun 2000-2002 iaitu seramai 15 orang kesemuanya di mana 10 orang pemain yang bertali pinggang warna dan 5 orang bertali pinggang hitam. Umur mereka adalah antara 14-18 tahun. Semua data dan skor yang berkaitan dengan kajian yang diperolehi dibuat penganalisisan. Hipotesis dalam kajian ini diuji berdasarkan penganalisisan secara statistik yang melibatkan ujian t (Independent sample test). Analisis ujian dalam Ujian STAI ialah t=3.32,p 0.05. Keputusan Ujian SCAT ialah t=1.57,p 0.05. Keputusan ujian SCAT digunakan di sini sedangkan ia adalah direka khas untuk mengukur tahap kebimbangan atlit sebelum pertandingan. Oleh itu, penemuan keputusan Ujian SCAT telah menolak Ho penyelidik dan menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap kebimbangan stet di antara pemain-pemain Taekwando lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis yang bertali pinggang warna dan hitam.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02845
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:31
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7703

Actions (login required)

View Item View Item