Kesan Menu Yang Berprotein Tinggi Terhadap Kekuatan Otot Atlit Lari Pecut.

Wong, Yii Ping and Omar, Abdul Hafidz (2003) Kesan Menu Yang Berprotein Tinggi Terhadap Kekuatan Otot Atlit Lari Pecut. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian berbentuk eksperimen ini adalah bertujuan untuk melihat kesan menu yang berprotein tinggi terhadap kekuatan otot atlit lari pecut dari Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor. Seramai 10 orang atlit lari pecut yang berumur 13 hingga 14 tahun telah dipilih sebagai sampel kajian. Dalam penyelidikan ini, ia mengandungi tiga jenis ujian kekuatan. Ujian-ujian tersebut adalah Ujian Kekuatan Otot Belakang Tubuh Badan dan Ujian Kekuatan Otot Kaki dengan menggunakan Pull Dynamometer serta Ujian 40 Meter Lari Pecut. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 10.0, di mana tahap signifikan yang ditetapkan ialah p0.05. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kekuatan otot bagi kumpulan eksperimen selepas dihidangkan menu yang berprotein tinggi. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat korelasi antara ketinggian dan berat badan terhadap tahap kekuatan otot. Kesimpulannya, mendapati bahawa menu yang berprotein tinggi boleh mempengaruhi tahap kekuatan otot seseorang individu.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02844
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:31
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7702

Actions (login required)

View Item View Item