Mengkaji Tahap Pengetahuan Dan Kefahaman Pelajar Terhadap Beberapa Konsep Unjuran Ortografik Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di Smt Muadzam Shah, Pahang.

Ramli, Ahmad Nazri and Bakar, Md Nor (2003) Mengkaji Tahap Pengetahuan Dan Kefahaman Pelajar Terhadap Beberapa Konsep Unjuran Ortografik Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di Smt Muadzam Shah, Pahang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap beberapa konsep yang terdapat di dalam tajuk Unjuran Ortografik bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan disamping mengenalpasti pola-pola salah fahaman konsep dikalangan pelajar tingkatan 4 Kejuruteraan Awam Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah Pahang.. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data bagi kajian berbentuk kualitatif ini. Responden kajian terdiri daripada 120 orang pelajar yang dipilih secara rawak. Data telah dianalisis secara manual untuk mendapatkan skor markah dalam bentuk peratusan bagi setiap aras. Analisis mengikut item dilakukan dengan perisian SPSS ( Statistical Packages for the Social Sciences ) Versi 10.0. Hasil analisis mengikut item diterjemahkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Hasil kajian menunjukkan pencapaian pelajar bagi kedua-dua aras berada pada tahap baik tetapi analisis terperinci mengikut item menunjukkan wujud kelemahan dan kesalahan fahaman konsep tertentu bagi setiap aras. Pelajar di dapati lemah dalam menguasai konsep unjuran Ortografik Sudut Pertama pada kedua-dua aras pengetahuan dan kefahaman. Secara keseluruhannya, dapatan dalam kajian ini boleh membantu untuk kajian lanjutan dan seterusnya mampu untuk meningkatkan pencapaian pelajar pada masa terdekat.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02840
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:30
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7698

Actions (login required)

View Item View Item