Kajian Mengenai Tahap Pengetahuan Dan Kefahaman Konsep Asas Geometri Koordinat Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang.

Osman, Ab Rashidin and Bakar, Md Nor (2003) Kajian Mengenai Tahap Pengetahuan Dan Kefahaman Konsep Asas Geometri Koordinat Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Masalah kelemahan dan kurangnya kefahaman pelajar dalam matematik amat membimbangkan semua pihak. Untuk itu satu kajian telah dijalankan yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kefahaman konsep asas geometri koordinat di kalangan pelajar tingkatan empat aliran vokasional di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang. Seramai 64 orang pelajar bagi kemasukan 2002 telah dipilih sebagai responden kajian. Satu set borang soal selidik yang mengandungi ujian diagnostik 18 item soalan di bawah tajuk geometri koordinat telah diedarkan kepada setiap responden. Kajian ini melibatkan pengumpulan data dan penganalisisan data adalah berbentuk kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kefahaman responden terhadap tajuk geometri koordinat berada pada tahap yang rendah. Kebanyakkan responden di dapati gagal menguasai konsep asas geometri koordinat dengan baik. Responden lebih menguasai kefahaman instrumental, iaitu menggunakan berbagai petua dan peraturan untuk menyelesaikan masalah yang diberi mengikut apa yang mereka tahu dan ingat sahaja tanpa mengetahui kenapa petua dan peraturan tersebut digunakan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman konsep di kalangan pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02796
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:27
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7658

Actions (login required)

View Item View Item