Penggunaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (kbkk) Dalam Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik Di Dua Buah Sekolah Di Buah Sekolah Di Daerah Seberang Prai, Pulau Pinang.

Hamid, Rosma and Bakar, Md Nor (2003) Penggunaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (kbkk) Dalam Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik Di Dua Buah Sekolah Di Buah Sekolah Di Daerah Seberang Prai, Pulau Pinang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara, perkembangan daya intelek individu telah diberi penekanan utama bersama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani. Selaras dengan itu, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif telah dijadikan satu elemen utama dalam usaha mempertingkatkan perkembangan intelek pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE). Kajian ini berbentuk deskriptif iaitu melibatkan 47 orang pelajar yang dipilih secara rawak mudah dari dua buah sekolah di Daerah Seberang Prai, Pulau Pinang. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal dan Sekolah Menengah Teknik Butterworth. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soalan soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian I melibatkan biodata responden dan Bahagian II yang melibatkan maklumbalas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Maklumbalas yang diterima untuk Bahagian I diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Window Version 9.0. Manakala Bahagian II diproses menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft Word. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan KBKK adalah pada tahap yang cemerlang. KBKK juga dapat menjana minda pelajar-pelajar dalam memperolehi keputusan yang cemerlang dalam sesuatu ujian. Di mana sebahagian daripada pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan KBKK pada tahap sederhana. Namun terdapat perbezaan terhadap penguasaan KBKK antara pelajar berlainan jantina. Akhir sekali beberapa cadangan telah disarankan sebagai alternatif untuk kajian akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02760
Subjects: Social Aspects of Education > Generic Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:25
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7623

Actions (login required)

View Item View Item