Faktor, Aktiviti Dan Kesan Ponteng Sekolah Terhadap Akhlak Pelajar Di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Tanah Merah, Kelantan.

Hamzah, Azhar and Abd Rahman, Mohd Anuar (2003) Faktor, Aktiviti Dan Kesan Ponteng Sekolah Terhadap Akhlak Pelajar Di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Tanah Merah, Kelantan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini bertujuan mengenalpasti faktor, aktiviti dan kesan terhadap akhlak pelajar di lima buah Sekolah Menengah Daerah Tanah Merah, Kelantan. Seramai 104 orang responden yang dipilih daripada pelajar tingkatan empat yang terlibat dalam ponteng sekolah.. Kajian ini menggunakan soalselidik sebagai instrumen kajian. Nilai kebolehpercayaan soalselidik ialah alpha = 0.9548. Dapatan kajian dianalisa menggunakan perisian Statiscal Packages For Sosial Science (SPSS) bagi mendapatkan min dan taburan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan faktor yang paling mempengaruhi ponteng sekolah ialah sikap dan persekitaran sekolah. Manakala pelajar yang ponteng paling banyak akan terlibat dalam aktiviti merokok, berbual-bual kosong dengan rakan, membantu keluarga dan melepak di rumah sewa kawan. Manakala kesan ponteng sekolah akan mengakibatkan pelajar ketagih merokok dan bercakap bohong dengan guru. Berdasarkan dapatan penyelidik mencadangkan agar pihak sekolah hendaklah sentiasa mengadakan ceramah-ceramah agama, antidadah dan kesihatan, menganjurkan program yang dapat menarik minat pelajar seperti aktiviti berkumpulan , manakala guru hendaklah memberikan teguran yang positif kepada pelajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02755
Subjects: Religious and Moral Education > Moral Studies
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:25
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7618

Actions (login required)

View Item View Item