Kesediaan Bakal Guru Tahun Akhir Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Menempuhi Kerjaya Di Sekolah Menengah Teknik.

Khairulanuar, Farriz Izzwan and Kayat, Md Yusup (2003) Kesediaan Bakal Guru Tahun Akhir Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Menempuhi Kerjaya Di Sekolah Menengah Teknik. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kerjaya sebagai seorang guru merupakan satu tugas yang penuh dengan cabaran dan tanggugjawab. Perpindahan dari alam pelajar kepada seorang guru memerlukan tahap kesediaan yang mantap dari aspek personaliti, pengetahuan, kemahiran dan matlamat. Kajian deskriptif ini telah dilaksanakan untuk meninjau tahap kesediaan bakal guru tahun akhir Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam menempuhi kerjaya di Sekolah Menengah Teknik. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang responden yang terdiri dari pelajar tahun akhir aliran Perdana Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian ini menggunakan set borang soal selidik yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A yang terdiri dari soalan-soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden dan bahagian B terdiri dari pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan aspek personaliti, pengetahuan, kemahiran dan matlamat. Terdapat 28 pernyataan di bahagian B yang menggunakan skala Likert. Dapatan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Pakages for Social Sciences) Version 11.0 for Windows bagi mendapatkan jumlah peratus. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi dalam kajian ini menggambarkan bahawa bakal guru mempunyai tahap kesediaan yang baik tetapi masih lagi mempunyai beberapa kekurangan dari aspek kemahiran. Aspek kemahiran ini perlu dipertingkatkan bagi menghasilkan guru yang efektif apabila menempuh kerjaya nanti

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02749
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:24
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7612

Actions (login required)

View Item View Item