Penggunaan Komputer Dan Internet Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Oleh Guru Di Sekolah Menengah Teknik Di Seluruh Negeri Kelantan.

Mohd Nawawi, Hamdan and Idris, Abdul Razak (2003) Penggunaan Komputer Dan Internet Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Oleh Guru Di Sekolah Menengah Teknik Di Seluruh Negeri Kelantan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penggunaan komputer dan internet dalam aplikasi pendidikan merupakan perkara yang terus diperkatakan sekarang. Perkembangan ini telah menjadi satu aspirasi dan digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penyelidik telah menjalankan satu kajian mengenai penggunaan komputer dan internet di kalangan guru dalam proses pengajaran. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti penggunaan komputer dan internet,bentuk penggunaan dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian ini ialah seramai 151 orang guru dari 200 populasi orang guru yang diselidik. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah.Data diperolehi menggunakan kaedah Drop and collect. Program SPSS telah digunakan untuk membuat analisis data bagi mendapat nilai Frekuensi dan peratusan. Hasil kajian ini menunjukan komputer dan internet banyak digunakan untuk proses penyediaan bahan pengajaran. Guru menggunakan komputer dalam bentuk menyediakan nota, menggubal soalan, mengisi markah pelajar seperti ujian dan peperiksaan akhir. Internet pula didapati kurang digunakan dalam bentuk penyampaian pengajaran atau membuat Penilaian dan perbincangan dengan pelajar. Masalah utama yang dihadapi oleh guru ialah kekurangan kemudahan komputer dibilik darjah dan pertambahan beban tugas.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02730
Subjects: Educational Technology > Internet Computing
Educational Technology > Instructional Technology
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:23
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7593

Actions (login required)

View Item View Item