Analisis Soalan Mata Pelajaran Sains Di Peringkat Ujian Penilaian Menengah Rendah (upsr) Dari Tahun 1997 Hingga 2002.

Mat Isa, Zaini and Abdul Ghafar, Mohammed Najib (2003) Analisis Soalan Mata Pelajaran Sains Di Peringkat Ujian Penilaian Menengah Rendah (upsr) Dari Tahun 1997 Hingga 2002. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah peperiksaan umum yang akan diduduki oleh pelajar Tahun Enam sekolah rendah di Malaysia. Persoalan yang timbul adalah samaada keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut menggambarkan tahap sebenar keupayaan pelajar dalam pendidikan atau pelajar tersebut belajar melalui kaedah penghafalan mengikut format soalan peperiksaan sebenar. Kajian ini merupakan kajian analisis dokumen yang bertujuan untuk meninjau sejauh manakah tahap kognitif item soalan Sains UPSR berdasarkan Taksonomi Bloom dan Kemahiran Proses Sains. Pengkaji ingin meninjau item-item soalan Sains UPSR dari tahun 1997 hingga tahun 2002 dari segi keselarasan tahap kognitif Sukatan Pelajaran dengan item soalan yang disoal dalam peperiksaan. Kajian ini menggunakan jadual penentu yang dibina sendiri oleh Pengkaji sebagai instrumen untuk menganalisis setiap soalan berdasarkan objektif kajian. Sebanyak 180 item soalan objektif dan 27 soalan struktur telah dianalisis. Data kajian telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan item-item soalan UPSR dari tahun 1997 hingga tahun 2002 adalah pada tahap kognitif yang rendah iaitu pada tahap Pengetahuan, Kefahaman dan Aplikasi. Walaubagaimanapun keputusan yang agak berimbang telah didapati bagi analisis berdasarkan Kemahiran Proses Sains dimana terdapat tahap kognitif yang tinggi dan rendah di dalam item soalan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02666
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:19
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7529

Actions (login required)

View Item View Item