Analisis Soalan Mata Pelajaran Sains Diperingkat Penilaian Menengah Rendah (pmr) Dari Tahun 1994 Hingga 2002.

Abdul Wahab, Zahid and Abdul Ghafar, Mohammed Najib (2003) Analisis Soalan Mata Pelajaran Sains Diperingkat Penilaian Menengah Rendah (pmr) Dari Tahun 1994 Hingga 2002. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Sistem pendidikan kita berteraskan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada daya intelek individu bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani. Bermula dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah yang berasaskan kepada kurikulum mata pelajaran. Kurikulum ini telah ditentukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran ialah peperiksaan awam untuk menguji pelajar. Pelajar dinilai melalui peperiksaan awam iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah ( PMR), Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM). Andaian secara logiknya keputusan ini digunakan untuk proses melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Contoh SPM ke Universiti, UPSR ke Asrama Penuh. Ini menyebabkan sistem pendidikan kita sangat berorentasikan peperiksaan kerana mempengaruhi masa depan pelajar. Secara tidak langsung pelajar akan belajar untuk lulus peperiksaan. Untuk lulus dengan cemerlang pelajar mestilah dapat memberi jawapan yang betul berasaskan jenis item-item di dalam peperiksaan. Andaian saya, sekiranya jenis soalan berbentuk hafalan, maka majoriti pelajar belajar dengan cara menghafal. Sekiranya item-item menyoal tahap intelek yang lebih tinggi seperti kebolehan berfikir maka pelajar akan belajar dengan lebih mendalam Dengan ini hasil sistem pendidikan kita, iaitu prestasi pelajar secara tidak langsung bergantung kepada jenis soalan walauapapun kurikulum yang disediakan. Dengan ini saya telah membuat penyelidikan tentang analisis tahap soalan mata pelajaran sains diperingkat Penilaian Menengah Rendah dari tahun 1994-2002

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02663
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:19
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7526

Actions (login required)

View Item View Item