Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) Bagi Tajuk Pembahagian Sel Mata Pelajaran Sains Tingkatan 4.

Ismail, Sazliman and Idris, Abdul Razak (2003) Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) Bagi Tajuk Pembahagian Sel Mata Pelajaran Sains Tingkatan 4. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan cabaran kepada pendidikan negara. Dalam era globalisasi maklumat yang mudah diakses telah membuka ruang seluas-luasnya kepada kita untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Justeru, pelajar yang merupakan aset penting negara wajar diberi pendedahan dan kemudahan menggunakan ICT. Bagi membantu pelajar ke arah pembelajaran berasaskan ICT pelajar perlu di dedah kepada pelbagai aktiviti pembelajaran berasaskan komputer. Penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu kaedah yang boleh di jalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pembelajaran menggunakan perisian PBK lebih berkesan berbanding dengan kaedah tradisional kerana interaktivitinya yang tinggi dan kaedah penyampaian pengetahuannya yang maya, dinamik dan menarik. Akan tetapi , perisian PBK berbahasa Melayu di negara kita masih kurang. Oleh itu, satu perisian PBK bagi tajuk Pembahagian Sel telah dibangunkan. Melalui perisian ini, pelajar dapat membandingkan dua jenis proses pembahagian sel iaitu mitosis dan meiosis. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian bahasa gubahan, Macromedia Authorware 6.0 sebagai perisian utama dan dibantu dengan perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop 6.0, Ulead Cool 3D, Adobe Premiere 6.0, Sonic Foundry Sound Forge 5.0 dan Ulead Gif Animator 5.0.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02654
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:19
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7517

Actions (login required)

View Item View Item