Kajian Terhadap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Dalam Mata Pelajaran Sains Teras.

Phang, Lee Mee and Bakar, Md Nor (2003) Kajian Terhadap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Dalam Mata Pelajaran Sains Teras. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS) di kalangan pelajar sekolah telah mendapat perhatian daripada pengkaji tempatan. Dalam penyelidikan ini, empat kemahiran yang dikaji iaitu kemahiran memerhati, mengelas, meramal dan membuat hipotesis. Terdapat 3 pemboleh ubah dalam kajian ini iaitu jantina, aliran dan gred sekolah. Seramai 140 orang pelajar tingkatan 4 dari 4 buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk menilai tahap penguasaan kemahiran saintifik ini terdiri daripada 2 bahagian, iaitu bahagian A terdiri daripada maklumat latar belakang pelajar dan bahagian B terdiri daripada Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Saintifik (UPTKS) yang mengandungi sebanyak 40 item berbentuk objektif yang mempunyai 4 pilihan jawapan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian UPTKKS ini mempunyai nilai a=0.66. Analisis Sstatistik Deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim dan markat maksimum dan minimum telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa markat min bagi tahap penguasaan kemahiran saintifik pelajar secara keseluruhannyaialah 26.86 dan sisihan lazim ialah 6.03. Markat min, sisihan lazim dan tahap penguasaan untuk kemahiran memerhati, mengelas, meramal dan membuat hipotesismasing-masing adalah 6.12, 1.81(baik); 7.34, 1.70(baik) dan 0.68, 1.82(sederhana). Secara keseluruhan ,dapatan kajian menunujukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran saintifik bagi aliran sains (73.98%)ialah Baik dan bukan sains (60.50%) ialah sederhana. Manakala, tahap penguasaan kemahiran saintifik secara keseluruhannya bagi pelajar dari sekolah gred A (69.68%) dan gred B (64.25%) ialah baik. di samping itu, tahap penguasaan kemahiran saintifik secara keseluruhan bagi pelajar lelaki (72.30%) dan pelajar perempuan (65.48%) ialah sederhana. pada keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran saintifik adalah sederhana dan baik. Ini menunjukkan kemungkinan penerapan kemahiran saintifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran masih tidak mencukupi. Keadaan ini menyebabakan tahap penguasaan para pelajar kurang dan secara langsung boleh menurunkan minat dan pencapaian mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02643
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:18
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7506

Actions (login required)

View Item View Item