Penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dalam Mata Pelajaran Matematik Tingkatan Empat.

Bedu, Siti Zulipah and Bakar, Md Nor (2003) Penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dalam Mata Pelajaran Matematik Tingkatan Empat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif telah diterapkan dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat khususnya bagi lima tajuk iaitu bentuk piawai, garis lurus, ungkapan dan persamaan kuadratik, set dan penaakulan mantik. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang diedarkan kepada 150 orang pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah menengah di daerah Lipis, Pahang. Hasil dapatan dikumpul dan dianalisis dengan cara mendapatkan peratusan kekerapan kemahiran berifkir yang dipilih. Dapatan kajian mendapati bahawa kemahiran berfikir secara membuat gambarajah adalah merupakan kemahiran yang paling tinggi kekerapannya. Manakala kemahiran berfikir secara mengintepretasi merupakan kemahiran yang paling rendah kekerapannya. Secara keseluruhannya didapati penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik tingkatan empat adalah di tahap yang sederhana. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi tahap penguasaan kemahiran berfikir di kalangan pelajar matematik. Satu contoh rancangan persediaan mengajar harian bagi tajuk Set juga dikemukakan sebagai panduan kepada guru matematik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02630
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Social Aspects of Education > Generic Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:17
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7493

Actions (login required)

View Item View Item