Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Di Kalangan Pelajar Tahun Tiga Dan Empat Yang Mengambil Subjek Biologi Di Fakulti Pendidikan, Utm, Skudai, Johor.

Tan, Siu Mei and Kamaruddin, Meor Ibrahim (2003) Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Di Kalangan Pelajar Tahun Tiga Dan Empat Yang Mengambil Subjek Biologi Di Fakulti Pendidikan, Utm, Skudai, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains di kalangan pelajar-pelajar tahun tiga dan empat yang mengambil subjek Biologi di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Lima aspek Kemahiran Proses Sains telah diuji iaitu kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran mentafsir maklumat, kemahiran membuat inferens dan kemahiran mengeksperimen. Kajian ini melibatkan 108 orang pelajar dari pelajar-pelajar tahun tiga dan empat yang mengambil subjek Biologi di Fakulti Pendidikan. Instrumen yang digunakan untuk menguji tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains dalam kajian ini adalah Ujian Kemahiran Proses Sains yang terdiri daripada item objektif dan item subjektif. Perisian Statistical Package For Social Science- Versi 10 For Windows digunakan untuk mengira tahap kebolehpercayaan instrumen dan markah yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Microsft Excel 2000. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa tahap penguasaan bagi kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran mentafsir maklumat dan kemahiran mengeksperimen adalah sederhana dengan masing-masing mencatatkan purata peratusan 55.7%, 56.44% dan 52.47%. Manakala bagi kemahiran membuat inferens pula adalah pada tahap penguasaan baik dengan purata peratusan sebanyak 65.25%. Tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan purata peratusan 57.46%.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02620
Subjects: Science Education > Science Education
Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:17
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7483

Actions (login required)

View Item View Item