Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk): Menyiasat Alam Fizikal Dalam Sains Kbsr Bagi Tahun Empat, Tahun Lima Dan Tahun Enam.

Chong, Wai Yee and Mohamed, Mohini (2003) Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk): Menyiasat Alam Fizikal Dalam Sains Kbsr Bagi Tahun Empat, Tahun Lima Dan Tahun Enam. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Projek ini bertujuan untuk membina sebuah perisian PBK yang bertajuk Menyiasat Alam Fizikal Dalam Sains KBSR Bagi Tahun Empat, Tahun Lima Dan Tahun Enam dalam versi bahasa Melayu. Perisian ini meliputi semua tajuk alam fizikal dalam tahun empat, tahun lima dan tahun enam dan dikhususkan kepada semua pelajar tahun empat, tahun lima dan tahun enam Seluruh isi pelajaran dan uji kefahaman dirancangkan berdasarkan sukatan pelajaran sains KBSR. Model ASSURE dijadikan sebagai garis panduan dalam membangunkan perisian ini. Teori-teori pembelajaran seperti teori behaviorisme, teori kognitivisme dan teori konstruktivisme juga didedahkan ke dalam perisian yang dihasilkan. Perisian ini dibina dengan menjadikan bahasa gubahan Macromedia Authorware 6.0 yang berasaskan ikon dan cartalir sebagai perisian utama. Di samping itu, perisian memerlukan sokongan daripada gabungan unsur-unsur multimedia yang lain, seperti teks, grafik, audio dan animasi. Oleh kerana itu, perisian Adobe Photoshop, Adobe Premiere 5.0, Ulead Cool 3D 3.0, Macromedia Flash 5 dan Sound Forge 4.0 digunakan untuk menghasilkan perisian yang lebih menarik. Akhirnya, fail-fail perlu dipakejkan dan direkodkan dalam CD-ROM. Semasa menggunakan perisian ini, pengguna bebas menjelajahi ke mana-mana bahagian dalamnya. Diharapkan perisian ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02613
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Physics Education > Physics Education
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:16
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7476

Actions (login required)

View Item View Item