Masalah Pembelajaran Dalam Memahami Konsep Daya Dan Gerakan Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan Dua Dan Empat.

Ismail, Zaipah and Nordin, Aziz (2003) Masalah Pembelajaran Dalam Memahami Konsep Daya Dan Gerakan Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan Dua Dan Empat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar-pelajar Tingkatan Dua dan Empat dalam menerangkan konsep daya dan gerakan bagi kelajuan jasad dalam cecair. Sebuah sekolah di Skudai, Johor dipilih bagi tujuan kajian ini. Sampel sejumlah 80 orang pelajar yang terdiri daripada berbagai kaum dan jantina yang dipilih daripada satu kelas Tingkatan Dua dan satu kelas Tingkatan Empat aliran sains yang memiliki tahap akademik yang sederhana. Kajian ini merupakan suatu penyelidikan yang berbentuk deskriptif. Penyelidikan telah dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik bagi menentukan sikap pelajar dalam mempelajari sains dan aktiviti POE ( Predict-Observe-Explain) untuk mengesan pemahaman dan menyiasat idea alternatif pelajar. Data-data yang telah diperolehi dianalisis dengan berbantukan komputer menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0 dan Concept Profile Inventory (CPI). Hasil analisis respon pelajar menunjukkan pelajar-pelajar Tingkatan Dua dan Empat minat terhadap mata pelajaran sains. Namun begitu dapatan kajian juga menunjukkan terdapat masalah pembelajaran dalam tajuk daya dan gerakan bagi faktor-faktor kelajuan jasad dalam cecair. Idea sedia ada yang tidak selari dengan teori sains masih kekal walaupun pelajar tersebut telah didedahkan dengan pengajaran daya dan gerakan secara formal. Idea sedia ada ini mengganggu pelajar memahami konsep yang diajar oleh guru di sekolah. Penyelidikan lanjutan diperlukan bagi mengenalpasti lebih banyak salah konsep yang boleh digunakan dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar dalam tajuk daya dan gerakan ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02605
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:16
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7468

Actions (login required)

View Item View Item