Teachers And Students Perceptions Toward Graphic Novel as School Reading Material

Jamil, Nur Jannah and Zainal Abidin, Hafilah (2012) Teachers And Students Perceptions Toward Graphic Novel as School Reading Material. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan persepsi pelajar dan guru terhadap novel grafik sebagai bahan bacaan sekolah. Sejumlah 80 orang pelajar tingkatan dua SMK Taman Desa Skudai dan empat orang guru Bahasa Inggeris menengah rendah telah dipilih sebagai responden. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik dan lapan soalan untuk sesi temubual berstruktur. Borang soal selidik tersebut telah diagihkan kepada pelajar manakala guru pula ditemubual di dalam empat sesi yang berlainan. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap novel grafik dan Journey to the Centre of the Earth sebagai bahan bacaan sekolah manakala temubual dikendalikan untuk mencari data tentang persepsi guru terhadap kebaikan dan kelemahan novel grafik, khususnya Journey to the Centre of the Earth, sebagai bahan bacaan sekolah di dalam kelas Bahasa Inggeris. Data yang diperolehi dari borang soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0, manakala data yang didapati dari sesi temubual dianalisis ke dalam bentuk transkrip dengan menumpukan kepada isi-isi penting yang difokuskan oleh responden. Keputusan menunjukkan bahawa pelajar memiliki beberapa persepsi terhadap novel grafik sebagai bahan bacaan sekolah dan penggunaan Journey to the Centre of the Earth sebagai sebahagian darinya. Selain itu, keputusan juga menunjukkan bahawa novel grafik boleh memberikan keseronokan kepada pembaca, membantu pembaca memahami jalan cerita, menyediakan peluang untuk pembaca mengasah pemikiran kreatif dan sebagai persediaan untuk peperiksaan Bahasa Inggeris. Manakala, keputusan yang diperolehi dari sesi temubual menunjukkan guru memiliki persepsi bahawa Journey to the Centre of the Earth boleh melibatkan pelajar di dalam aktiviti kelas darjah, membantu pelajar memahami jalan cerita dan memotivasi pelajar untuk membaca dengan lebih lagi. Namun, tema dan latar cerita tersebut dinyatakan sebagai asing kepada para pelajar. Penggunaan bahasa di dalam novel grafik tersebut juga dikategorikan berada di dalam aras yang tinggi untuk disesuaikan kepada peajar. Dapatan kajian ini turut dibincangkan dan beberapa cadangan disenaraikan untuk kajian masa hadapan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10705
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7430

Actions (login required)

View Item View Item