Kesediaan Membaca Murid-murid Tadika Kerajaan Dan Swasta

Ab. Majid, Nurul Amrina and Yeo, Kee Jiar (2012) Kesediaan Membaca Murid-murid Tadika Kerajaan Dan Swasta. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesediaan membaca dalam kalangan murid prasekolah tadika kerajaan dan swasta. Seramai 60 orang responden daripada empat buah sekolah tadika di negeri Johor yang terlibat dalam kajian ini. Buku Ujian Kesediaan Membaca tahap prasekolah yang dibina oleh Yeo (2012) telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 16.0 Windows. Keputusan menunjukkan bahawa tahap kesediaan membaca murid berada pada tahap yang tinggi dalam kalangan murid tadika swasta iaitu 90% berbanding tadika kerajaan (KEMAS) sebanyak 86%. Hasil ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesediaan membaca antara murid tadika kerajaan dengan swasta. Bagi analisis perbezaan ini, nilai p=0.364 p0.05, F=0.836. Manakala bagi perbezaan mengikut jantina pula, tidak terdapat perbezaan yang signifikan iaitu nilai p=0.478 p0.05, F=0.510. Hasil ujian korelasi yang dijalankan menunjukkan skor pencapaian kosa kata bacaan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan skor bacaan dan pemahaman pada nilai r=0.224, p=0.085. Secara ringkasnya, kajian ini membekalkan data tentang tahap kesediaan membaca di sekolah tadika. Maklumat kajian ini boleh digunakan oleh para pendidik dan pentadbir sekolah dalam mengatur stratergi untuk meningkatkan pencapaian membaca murid. Dicadangkan kajian ini diteruskan pada masa hadapan dengan mengambil jumlah sampel yang lebih besar dan lebih banyak kawasan di Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Ujian kesediaan membaca juga dicadangkan pelaksaaannya dengan menggunakan kaedah ujian interaktif melalui internet sebagai alternatif ujian.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10673
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 09:42
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7398

Actions (login required)

View Item View Item