Kesediaan Membaca Murid Murid Prasekolah Di Kawasan Bandar Dan Luar Bandar

Sohaimi, Nurain and Yeo, Kee Jiar (2012) Kesediaan Membaca Murid Murid Prasekolah Di Kawasan Bandar Dan Luar Bandar. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan membaca murid prasekolah di kawasan bandar dan luar bandar. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid dari Johor iaitu 30 orang murid yang bersekolah di kawasan bandar dan 30 orang lagi di kawasan luar bandar. Instrumen Ujian Kesediaan Membaca yang dibangunkan Yeo (2012) telah digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan analisis menunjukkan tahap kesediaan murid prasekolah di kawasan bandar dan luar bandar adalah tinggi iaitu 91.69% bagi prasekolah di kawasan bandar dan 89.91% bagi prasekolah di luar bandar. Dapatan daripada ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesediaan membaca antara murid prasekolah di kawasan bandar dan luar bandar pada aras signifikan p=0.462, F=0.548, p<0.05 . Selain itu, dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan dalam kesediaan membaca murid prasekolah di kawasan bandar dan luar bandar pada aras signifikan p=0.912, F=0.012, p<0.05. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor kosa kata bacaan dengan bacaan dan pemahaman murid prasekolah di kawasan bandar dan luar bandar r=0.096, p=0.466, p<0.01. Secara ringkasnya kajian ini membekalkan data tentang pencapaian murid-murid dalam kesediaan membaca tahap prasekolah. Maklumat kajian boleh digunakan oleh para pendidik dan pentadbir sekolah dalam mengatur strategi untuk meningkatkan pencapaian membaca murid prasekolah. Antara cadangan kajian adalah melaksanakan ujian Kesediaan Membaca menggunakan kaedah ujian interaktif melalui internet sebagai alternatif ujian.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10672
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 09:42
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7397

Actions (login required)

View Item View Item