Kesediaan Membaca Kanak-kanak Tadika Di Bawah Pengelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat

Abu, Nor Eliya and Yeo, Kee Jiar (2012) Kesediaan Membaca Kanak-kanak Tadika Di Bawah Pengelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan membaca kanak-kanak tadika (KEMAS) dibawah pengelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) di daerah Kulim Kedah. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang kanak-kanak dari empat buah tadika berumur antara lima hingga enam tahun. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen berbentuk ujian iaitu Ujian Kesediaan Membaca yang dibangunkan oleh Yeo (2012). Ujian ini merangkumi lapan aspek iaitu diskriminasi visual, kesedaran fonologi, mengenal huruf, hubungan bunyi huruf, kosa kata lisan, kosa kata bacaan, perkataan asas dalam cerita dan bacaan dan pemahaman. Data dianalisis menggunakan Program SPSS versi 15.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan membaca kanak-kanak berada pada tahap yang baik. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesediaan membaca antara kanak-kanak lelaki dengan perempuan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kosa kata bacaan dengan bacaan dan pemahaman. Maklumat kajian ini dapat membantu pihak tadika untuk menyediakan dan melaksanakan program khas bagi meningkatkan tahap kesediaan membaca kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca. Dalam kajian masa depan, dicadangkan supaya mengambil sampel yang lebih besar dari lebih banyak kawasan di Malaysia.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10671
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 09:42
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7396

Actions (login required)

View Item View Item