Kesediaan Membaca Murid-murid Prasekolah Di Bawah Pengelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (kpm)

Simat, Asmahida and Yeo, Kee Jiar (2012) Kesediaan Membaca Murid-murid Prasekolah Di Bawah Pengelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (kpm). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kesediaan membaca merupakan peringkat awal bacaan kanak-kanak sebelum mereka melangkah masuk ke alam persekolahan secara formal. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan membaca murid prasekolah seramai 60 orang dari empat buah sekolah di Pahang di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Kesediaan Membaca yang telah dibangunkan oleh Yeo Kee Jiar (2012). Ujian kesediaan membaca tersebut merangkumi 8 aspek iaitu Diskriminasi visual, Kesedaran fonologi, Mengenal huruf, Hubungan bunyi-huruf, Kosa kata lisan, Kosa kata bacaan, Perkataan asas dalam cerita dan Bacaan dan pemahaman. Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 15.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan membaca murid prasekolah berada pada tahap tinggi dan bagi aspek `Mengenal Huruf. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesediaan membaca antara murid lelaki dengan perempuan kerana didapati murid-murid prasekolah perempuan mempunyai tahap kesediaan membaca yang lebih tinggi iaitu pada aras (0.039, F=0.441) p<0.05. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian kosa kata bacaan dengan bacaan dan pemahaman iaitu dengan nilai korelasinya adalah 0.05, r 0.1 dan 0.706, p 0.05. Dicadangkan kajian mengenai kesediaan membaca dapat dijalankan pada masa hadapan dengan mengambil sampel yang lebih besar dan lebih banyak kawasan di Malaysia untuk memperoleh dapatan lebih tinggi nilai psikometrik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10670
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 09:42
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7395

Actions (login required)

View Item View Item