Penilaian Pengajaran Pensyarah di Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (instedt) berdasarkan Persepsi Pelajar Kursus Diploma kejururawatan

Ibrahim, Rafidah and Mohd Said, Mohd Rizal (2012) Penilaian Pengajaran Pensyarah di Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (instedt) berdasarkan Persepsi Pelajar Kursus Diploma kejururawatan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penilaian pengajaran pensyarah berdasarkan persepsi pelajar kursus Diploma Kejururawatan di Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT). Soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 100 orang pelajar semester 6 kursus Diploma Kejururawatan di INSTEDT. Satu set borang soal selidik yang mengandungi bahagian A (demografi responden) dan bahagian B (soalan yang berkaitan pembolehubah ) telah digunakan. Seterusnya data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages For Social Science (SPSS) 15.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Secara umumnya penemuan kajian menunjukkan kesemua elemen iaitu pengajaran, teknik penyampaian, kaedah pemarkahan dan penilaian tugasan dan hubungan pensyarah dengan pelajar berada menunjukkan dapatan yang positif. Dapatan kajian mendapati persepsi pelajar terhadap pensyarah bagi elemen pengajaran, teknik penyampaian, kaedah pemarkahan dan penilaian tugasan, dan hubungan antara pensyarah dengan pelajar adalah pada peratusan yang baik. Di samping itu, beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10625
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 09:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7350

Actions (login required)

View Item View Item