Aspirasi Keusahawanan Di Kalangan Anak Felda Di Sebuah Sekolah Di Daerah Mersing.

Razali, Nur Razmah and Jabor, Mohd Khata (2012) Aspirasi Keusahawanan Di Kalangan Anak Felda Di Sebuah Sekolah Di Daerah Mersing. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Aspirasi keusahawanan dikalangan pelajar di salah sebuah felda ini di kaji adalah untuk memastikan bahawa kerjaya ini perlu di semai untuk memperkuatkan proses pembangunan insan dalam sektor perniagaan dan pengusahan di felda. Kajian ini di jalankan dalam bentuk deskriptif untuk mengenalpasti aspirasi berdasarkan ciri-ciri keusahawanan, pandangan pelajar terhadap aktiviti keusahawanan, sumber dorongan yang menggalakkan pemilihan kerjaya keusahawanan dan aktiviti pembudayaan keusahawanan di lakukan pada pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah di felda daerah mersing. Bagi mengkaji permasalahan ini, empat persoalan kajian yang berkaitan telah di bentuk menggunakan menyediakan borang soal selidik dan 100 orang responden tingkatan empat dari pelbagai jurusan dan latar belakang keluarga telah dipilih. Hasil kajian di analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 16 untuk mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kecenderungan memiliki ciri-ciri keusahawanan mempengaruhi aspirasi keusahawanan di kalangan pelajar di felda diikuti dengan sumber dorongan untuk menceburi bidang keusahawanan dan seterusnya adalah pandangan terhadap bidang keusahawanan. Penyelidik juga mengemukakan beberapa cadangan mengenai penerapan budaya keusahawanan yang akan diikuti pelajar bagi mempertingkatkan keberkesanan dalam menanam aspirasi pelajar terhadap bidang keusahawanan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10615
Subjects: Business and Commerce Education > Business Management Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 09:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7340

Actions (login required)

View Item View Item