Analisa Penerimaan Bola Pertama Dalam Permainan sepak Takraw Di Kalangan Atlet Sepak Takraw Negara

Hj Ibrahim, Mohd Shahren Hakim and Zainuddin, Zainal Abidin (2012) Analisa Penerimaan Bola Pertama Dalam Permainan sepak Takraw Di Kalangan Atlet Sepak Takraw Negara. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat kebolehan pasukan sepak takraw negara untuk menerima bola pertama yang ditujukan oleh pemain tekong dari pihak lawan kepada mereka. Video perlawanan sebenar digunakan sebagai bahan kajian dalam kajian yang telah dijalankan ini. Perkara utama yang menjadi keutamaan dan diperhatikan di dalam rakaman video yang diperolehi ialah kawalan terhadap bola pertama yang diterima daripada servis yang dilakukan oleh tekong pihak lawan kepada pemain Malaysia. Video perlawanan yang digunakan dalam kajian ini ialah video kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ISTAF 2011 yang melibatkan perlawanan antara pasukan sepak takraw negara menentang pasukan negara Singapura dan juga perlawanan antara pasukan negara menentang pasukan negara Thailand. Hasil dapatan daripada analisis kajian yang dijalankan, didapati bahawa penerimaan bola pertama oleh pasukan sepak takraw negara adalah baik, iaitu 76.5% daripadanya adalah kawalan yang berjaya dilakukan terhadap bola pertama yang diterima dari bola servis yang ditujukan oleh pemain tekong kepada mereka. Peratus kawalan bola pertama yang tinggi semasa mengambil bola pertama yang diperolehi ini menunjukkan bahawa kebolehan pasukan sepak takraw negara untuk menerima bola pertama dengan baik adalah tinggi. Oleh itu, kecuaian dalam penerimaan bola pertama tidak boleh digunakan sebagai punca kekalahan pasukan negara kepada pihak lawan. Selain daripada faktor penerimaan bola pertama, mungkin terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan prestasi pasukan sepak takraw negara yang kurang memuaskan seperti serangan yang tidak konsisten atau pun kerana servis tekong skuad negara yang tidak tepat menuju ke sasaran yang ditujui.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10551
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 09:36
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7276

Actions (login required)

View Item View Item