Rekabentuk Alat Pengiraan Jaringan Secara Digital Netscore

Santhappan, Aruna and Mohd Nor, Mohad Anizu (2012) Rekabentuk Alat Pengiraan Jaringan Secara Digital Netscore. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Menjaring adalah salah satu kemahiran yang sangat penting di dalam sukan bola jaring dan lazimnya ketepatan menjaring yang dilakukan oleh penjaring akan menyumbang kepada kejayaan atau kekalahan kepada sesebuah pasukan. Oleh itu,penjaring perlu menjalani latihan yang lebih bersistematik dan penumpuan yang sepenuhnya diperlukan. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk instrumen baru yang menggunakan teknologi digital dan terkini bagi membolehkan penjaring melakukan jaringan seperti di dalam situasi perlawanan sebenar dan tidak lagi perlu menggunakan kaedah lama iaitu mengira jumlah jaringan dengan sendiri. Instrumen yang direka bentuk adalah mudah alih dan mudah dikendalikan. Dengan nilai korelasi 0.976 bagi pengujian kesahan dan nilai korelasi bagi kebolehpercayaan adalah 0.996 menunjukkan instrumen ini mempunyai nilai korelasi yaag sangat kuat. Pengujian tersebut dilakukan kepada 8 orang subjek daripada Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada 4 orang penjaring elit dan 4 orang penjaring amatur dengan menjalani 6 kali pengujian secara berselang dengan kaedah pengiraan manual dan menggunakan instrumen yang dibangunkan telah dijalankan dan pembolehubah tetap bagi pengujian ini adalah 100 kali percubaan menjaring pada setiap kali pengujian. Hasil kajian juga didapati dengan penggunaan alat pengiraan jaringan digital Netscore bagi kedua-dua kategori penjaring elit dan amatur terdapat peningkatan daripada jumlah peratus jaringan iaitu sebanyak 7.1% (SD = 1.48) bagi penjaring elit dan penjaring amatur sebanyak 13.2% (SD = 2.3). Selain itu, instrumen yang dibangunkan turut mempunyai potensi pemasaran tinggi dikalangan penggiat di dalam sukan bola jaring yang turut menjadi responden bagi kajian ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10550
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 09:36
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7275

Actions (login required)

View Item View Item