Pengharapan Pelajar Bidang Kejuruteraan Di Kolej komuniti Terhadap Aspek Kerjaya

Ismail, Noor Shamsila and Rajuddin, Muhd Rashid (2012) Pengharapan Pelajar Bidang Kejuruteraan Di Kolej komuniti Terhadap Aspek Kerjaya. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian deskriptif yang dijalankan merupakan kajian mengenai Pengharapan Pelajar Bidang Kejuruteraan di Kolej Komuniti terhadap Aspek Kerjaya. Kajian yang dijalankan melibatkan 111 orang responden dari dua buah Kolej Komuniti di negeri Kedah iaitu Kolej Komuniti Bandar Darulaman dan Kolej Komuniti Sugai Petani. Responden terdiri daripada pelajar semester akhir dan merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan sahaja iaitu Automotif, Teknologi Elektrik, Pelukis Pelan Senibina dan Sistem Komputer Sokongan. Lima persoalan kajian yang diketengahkan dalam kajian ini terdiri daripada pengharapan pelajar untuk menjadi usahawan berjaya, pengharapan pelajar untuk menjadi tenaga kerja berkualiti, pengharapan untuk mendapatkan kemahiran tinggi dan juga pengharapan untuk mencapai pemikiran inovatif disamping satu persoalan kajian bagi mengetahui pengharapan pelajar mengikut bidang yang diambil. Instrumen kajian yang digunakan berbentuk soal selidik yang mengandungi 40 item mengikut skala likert 5 peringkat. Nilai kebolehpercayaan bagi instrument kajian ialah α = 0.881. Hasil analisis keseluruhan item menunjukkan bahawa pengharapan tertinggi pelajar adalah pengharapan untuk menjadi usahawan berjaya, diikuti pengharapan untuk mendapatkan kemahiran tinggi, seterusnya mencapai pemikiran inovatif dan akhir sekali, pengharapan untuk menjadi tenaga kerja yang berkualiti. Beberapa cadangan dikemukakan bagi melaksanakan kajian lanjutan yang bersesuaian.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10549
Subjects: Engineering Education > Engineering Education
Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 09:36
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7274

Actions (login required)

View Item View Item