Membangunkan Mesin Pelancar Bulu Tangkis untuk Latihan Pukulan Smash Dalam Sukan Badminton (reka Bentuk Dan Bahan)

Wan Deraman, Wan Mohd Elyas and Mohd Amin, Nor Fadila (2012) Membangunkan Mesin Pelancar Bulu Tangkis untuk Latihan Pukulan Smash Dalam Sukan Badminton (reka Bentuk Dan Bahan). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan membangunkan mesin pelancar bulu tangkis untuk latihan pukulan smash dalam sukan badminton. Dalam kajian ini pereka memberi fokus terhadap pembangunan rekabentuk dan bahan. Objektif kajian ialah mengenalpasti keperluan pemain dan jurulatih terhadap mesin pelancar, mengenalpasti rekabentuk untuk dibangunkan, mengenalpasti ciri bahan yang diperlukan oleh pemain serta jurulatih dan membangunkan mesin pelancar bulu tangkis untuk digunakan oleh pemain dan jurulatih dalam latihan badminton di IPTA. Hasil kajian menunjukkan pemain dan jurulatih amat memerlukan mesin pelancar bulu tangkis untuk digunakan dalam latihan pukulan smash. Rekabentuk mesin untuk dibangunkan mestilah stabil, ringkas, menarik, kebolehlarasan ketinggian, mudah disimpan dan dibawa serta memenuhi konsep mesin pelancar. Bahan yang digunakan pada mesin pelancar perlu ringan, tahan lasak, boleh dikitar semula, tidak berkilat, lutsinar untuk bahagian badan dan tabung feeder, tidak berkarat pada bahagian tiang sokongan dan tahan hentaman untuk memukul bulu tangkis. Mesin dihasilkan mengunakan bahan akrilik pada bahagian badan dan tabung feeder, polietilina pada komponen mekanikal pelancar dan feeder, plastik pada pelindung mekanikal dan mengunakan tripod stand daripada keluli sabagai tiang sokongan. Rekabentuk mesin yang dihasilkan adalah stabil, boleh dilaras ketinggiannya, mudah untuk disimpan dan dibawa, ringan dan kos yang murah. Selain itu, pengunaan bahan yang tahan lasak dapat memanjangkan jangka hayat mesin pelancar

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10530
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7255

Actions (login required)

View Item View Item