Membangunkan Mesin Pelancar Bulu Tangkis untuk Latihan Latih Tubi Pukulan Smash Dalam Sukan badminton (sistem Feeder)

Sapawi, Sazari and Mohd Amin, Nor Fadila (2012) Membangunkan Mesin Pelancar Bulu Tangkis untuk Latihan Latih Tubi Pukulan Smash Dalam Sukan badminton (sistem Feeder). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan membangunkan mesin pelancar bulu tangkis untuk kegunaan latihan latih tubi pukulan smash dalam sukan badminton. Dalam kajian ini pereka hanya memfokuskan untuk membangunkan sistem feeder sahaja. Objektif kajian adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemain badminton seperti meminimunkan peranan jurulatih melontarkan bulu tangkis menggunakan kaedah manual seperti jurulatih melontarkan bulu tangkis menggunakan tangan secara berulang-ulang. Instrument kajian ini ialah dengan cara menemubual pemain badminton yang terdiri daripada pemain yang mewakili Universiti Teknologi Malaysia dalam sukan badminton diperingkat IPTA bagi mendapatkan maklumat ciri-ciri projek yang dibangunkan. Pembangunan sistem feeder ini melibatkan kerja-kerja merekabentuk iaitu penjanaan idea, pembangunan lukisan kejuruteraan, proses penandaan dan pemotongan bahan serta pemasangan. Hasil pembangunan sistem feeder ini telah dibuat pengujian dan hasil akhir projek telah berfungsi dengan baik dan mencapai objektif kajian. Dengan terhasilnya projek ini, secara tidak langsung ia mampu menjadi rujukan dan inovasi kepada produk peralatan latihan sukan pada masa hadapan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10529
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7254

Actions (login required)

View Item View Item