Pembangunan Rekabentuk Perangkap Sisa Makanan

Obeng, Nur Suraya and Hamzah, Rohana (2012) Pembangunan Rekabentuk Perangkap Sisa Makanan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Penggunaan perangkap sisa makanan telah membuka dimensi baru membendung masalah parit tersumbat. Namum begitu, ketidaksesuaian rekabentuk perangkap menyebabkan ia gagal berfungsi dengan sempurna. Sisa makanan yang gagal disekat memenuhi ruang parit dan mengundang banyak serangga perosak. Oleh hal demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk merekabentuk sebuah perangkap sisa makanan yang mampu memerangkap sisa buangan pepejal dan cecair. Faktor yang telah diberi perhatian di dalam aspek merekabentuk adalah rupabentuk, saiz dan warna. Elemenelemen yang telah diberi penekanan adalah garisan, bentuk, tekstur, warna dan arah gerakan air sisa. Manakala, prinsip-prinsip yang perlu ditekankan adalah keseimbangan, perkadaran, pengulangan, penekanan dan kesatuan. Saiz perangkap sisa makanan perlu dibina mengikut kesesuaian rupabentuk parit. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini adalah berbentuk eksperimen iaitu melakukan beberapa pengujian di lokasi sebenar. Need Analysis Test telah dilakukan ke atas 30 orang responden untuk mendapatkan maklumat mengenai keperluan produk. Temubual bersama dengan tiga orang pakar juga dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai rekabentuk yang sesuai. Maklumbalas mengenai idea rekabentuk awal daripada pakar digunapakai untuk memperbaiki lakaran sehingga menemui penyelesaian yang dikehendaki. Pengujian dilakukan oleh seorang pakar menggunakan Borang Penilaian Projek Rekacipta. Hasil daripada pengujian, produk ini mampu menanggung beban sisa makanan sebanyak 10kg hingga 11kg sehari. Rekabentuk yang bagus dapat memberi keselesaaan kepada pengguna dan mampu mengelak kecederaan. Dapatan kajian ke atas pembangunan rekabentuk menunjukkan produk mampu memerangkap sisa buangan pepejal dan cecair dengan baik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10526
Subjects: Engineering Education > Engineering Education
Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7251

Actions (login required)

View Item View Item