Faktor Mempengaruhi Penglibatan Pelajar-pelajar Sekolah menengah Vokasional Di Melaka Dalam Kegiatan Kokurikulum

Idris, Khairil Fadhli and Mohd Yusof, Sanitah (2012) Faktor Mempengaruhi Penglibatan Pelajar-pelajar Sekolah menengah Vokasional Di Melaka Dalam Kegiatan Kokurikulum. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap faktor-faktor pendorong kegiatan kokurikulum (minat, dorongan guru, dorongan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya di sekolah menengah vokasional di Melaka. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat adakah terdapat perbezaan antara faktor-faktor pendorong kegiatan kokurikulum berdasarkan pencapaian akademik. Seramai 280 orang pelajar Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah dan 300 orang pelajar Sekolah Menengah Vokasional Datuk Seri Mohd Zin telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Maklum balas yang diterima dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0. Hasil kajian mendapati bahawa faktor minat (min= 4.023) merupakan faktor utama pelajar di sekolah menengah vokasional di Melaka menyertai kegiatan kokurikulum diikuti dengan faktor dorongan guru sekolah (min=3.560), pengaruh rakan sebaya (min= 3.501), dan dorongan ibu bapa (min= 3.488). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan terhadap faktor-faktor pendorong kegiatan kokurikulum berdasarkan pencapaian akademik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10488
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:52
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7213

Actions (login required)

View Item View Item