Keberkesanan Program Latihan Industri Bagi Pelajar pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Fakulti pendidikan Utm, Skudai

Miswan, Endok Fadhliatunnur (2012) Keberkesanan Program Latihan Industri Bagi Pelajar pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Fakulti pendidikan Utm, Skudai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengetahui keberkesanan program latihan industri yang telah dijalani pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional iaitu pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Dalam kajian ini, penyelidik melihat keberkesanan latihan industri melalui pandangan peribadi pelajar dari segi latihan yang diterima di industri berkaitan dengan pengajian semasa di universiti, pengaplikasian pengetahuan kepada latihan semasa di industri dan bentuk kerjasama yang diberikan oleh pihak industri. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai intrumen kajian dan dilakukan ke atas 107 orang responden. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Cronbach Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.875. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Sciences) versi 16.0 untuk mendapatkan peratusan dan min. Daripada data-data yang diperolehi dan dianalisis, secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa tahap keberkesanan program latihan industri bagi pelajar pendidikan teknikal adalah berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pihak industri membantu pelajar dengan memberikan latihan kerja yang berkaitan dengan pengajian mereka semasa di universiti. Selain itu, latihan amali di universiti dapat diaplikasikan semasa latihan industri. Secara keseluruhannya, latihan industri yang dijalankan adalah berkesan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10485
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:52
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7210

Actions (login required)

View Item View Item