Kesan Penggunaan Perisian E-sukan terhadap Kemahiran Psikomotor Pelajar

Wong, Cheui Keen and Shariffudin, Rio Sumarni (2011) Kesan Penggunaan Perisian E-sukan terhadap Kemahiran Psikomotor Pelajar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pembelajaran berbantukan komputer bukan merupakan perkara yang luar biasa dalam arena pendidikan di Malaysia pada zaman kini. Kaedah ini telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk banyak mata pelajaran kecuali kurang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau kesan perisian E-Sukan yang dibina dan dibangunakan berasaskan Teori Pembelajaran Konstruktivisme bagi pengajaran kemahiran psikomotor dalam Pendidikan Jasmani. Perisian E-Sukan dalam tajuk Lompat Kijang bagi Sukatan Pelajaran Tingkatan Empat mata pelajaran Pendidikan Jasmani mengintegrasikan Taksonomi Domain Psikomotor Simpson. Kajian yang berbentuk deskriptif ini mempunyai sampel kajian seramai 60 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di Daerah Johor Bahru. Instrumen kajian ialah soal selidik penilaian perisian, Ujian Pra dan Pasca yang menggunakan soalan ujian dan dianalisis dengan menggunakan Ujian-T. Data juga disokong dengan data temu bual dan pemerhatian. Kajian menunjukkan bahawa nilai signifikan Ujian Pra dan Ujian Pasca ialah 0.000 bermakna terdapat perbezaan berlaku sebelum dan selepas proses pembelajaran. Ini bermakna terdapat peningkatan dari segi pengetahuan kemahiran psikomotor untuk acara Lompat Kijang. Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat kesan positif terhadap tahap penguasaan peringkat Taksonomi Domain Psikomotor Simpson. Secara kesimpulan, perisian E-Sukan yang dibina mendatangkan kesan yang positif terhadap pembelajaran kemahiran psikomotor pelajar dan diharapkan dapat menjadi bantuan demi membantu mencungkil bakat sukan dari akar umbi nanti.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10386
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:47
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7111

Actions (login required)

View Item View Item