Persepsi Guru-guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Di Sekolah Menengah

Azman, Mohd Zaki and Hamdan, Abdul Rahim (2010) Persepsi Guru-guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Di Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi Guru-Guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Terhadap Matapelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Di Sekolah Menengah. Kajian ini merangkumi tahap kesesuaian peruntukan masa pengajaran, pembelajaran pelajar dan interaksi pelajar. Kajian dilaksanakan di 14 buah sekolah menengah daerah Pontian, Johor. Responden kajian terdiri daripada guru-guru mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan yang berjumlah seramai 44 orang. Soal selidik yang digunakan sebagai kajian terbahagi kepada lima bahagian. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) for Window Version 11.5. Dapatan kajian menujukkan bahawa persepsi guru-guru mempunyai tahap yang tinggi terhadap peruntukan masa, tahap pembelajaran pelajar dan tahap interaksi pelajar. Melalui ujian Anova didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesesuaian peruntukan masa berdasarkan tempoh berkhidmat. Melalui ujian Kolerasi Pearson pula didapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesesuaian peruntukan masa, pembelajaran dengan interaksi pelajar berdasarkan pengajaran guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10340
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 08:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/7065

Actions (login required)

View Item View Item